crawl, toddle, walk, run....

Pesawat MAS B777-200 hilang

Seperti yang semua tahu, berita kehilangan pesawat MAS B777-200 MH370 di ruang udara ketika memasuki ruang udara Vietnam amat menggemparkan seluruh negara. Pesawat yang berlepas dari KLIA menuju ke Beijing China sepatutnya dijadualkan tiba di sana pada pukul 6.30 pagi pada 8 Mac 2014.

Pesawat itu telah memulakan penerbangan pada jam 12.41 tgh malam kelmarin dan isyarat terakhir yang telah diterima daripada pesawat itu dan dikesan oleh radar di Pusat Kawalan Udara Subang ialah pada kedudukan 120 batu nautika di timur Kota Bharu, iaitu 49minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Untuk makluman, pesawat itu telah membawa seramai 239 penumpang di mana China/Taiwan seramai 153orang termasuk seorang kanak-kanak, Malaysia 38, India 5, Indonesia 7, Australia 6, Perancis 4, Amerika Syarikat 3 termasuk seorang kanak-kanak, New Zealand 2, Ukraine 2, Kanada 2, Russia 1, Itali 1, Belanda 1, Austria 1 dan kru penerbangan seramai 12orang.

Seperti yang dilaporkan media, pesawat telah disahkan hilang pada pukul 2.40 pagi (waktu tempatan) oleh Jabatan Penerbangan Awam. Ramai ahli keluarga terutama dari China melahirkan rasa tidak puas hati kepada MAS kerana lambat memaklumkan kejadia berkenaan kepada mereka.

Kini pelbagai usaha pencarian telah dilakukan sepanjang 2hari ini. Terdapat 5buah negara terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu Malaysia, China, Vietnam, Filipina dan Amerika. Singapura juga dilaporkan menawarkan misi bantuan mencari pesawat yang hilang itu.

Petikan di atas ialah rumusan dari paper BH hari ni. Mmmm...sebak gak aku bace kes ni...kesian kot. Semoga Allah tunjukkanlah di mana perginya pesawat tu. Kalau betul terhempas, tunjukkan lah mana bangkainya. Kalau pesawat itu selamat, tunjukkan lah mana tempat dia mendarat supaya pihak berkuasa dapat menyelamatkan mereka. Amin.....
Share:

No comments:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat, ulasan, komen, pandangan dan segala bentuk penulisan adalah dari saya sendiri dan tidak berniat untuk merosakkan reputasi, imej dan nama baik sesetengah pihak.

Pandangan dan ulasan adalah jujur demi meningkatkan mutu dan kualiti sesetengah pihak bagi pandangan peribadi saya.

Dan pendapat penulis tidak semestinya kekal.

~Firdaus Khalid~

Contact Us

Name

Email *

Message *