crawl, toddle, walk, run....

FROM BERITA HARIAN.....

Harimau Malaya membara
Oleh Syed Riduan Ahmad

2011/02/10

Skuad bola sepak negara kekal reputasi jagoan Asia Tenggara

SKUAD kendalian K Rajagobal memastikan gelaran juara Asia Tenggara bukan diperoleh secara nasib apabila meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Hong Kong 2-0 hasil jaringan kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 dan Mohd Amirulhadi Zainal (m90).

Malaysia yang berada tiga anak tangga di atas lawannya itu dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) - Malaysia di tangga ke 140, Hong Kong 143 - memastikan reputasi sebagai juara Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF tidak tercalar pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Pada babak pertama, Malaysia lebih tenang mengawal permainan dengan barisan tengah dikemudi Safiq, beberapa kali berjaya membuat umpanan cantik kepada jentera serangan, Mohd Safee Sali dan Ahmad Fakri Saarani.
Rembatan Safee pada minit ke-13, berjaya ditepis Yap Hung Fai dan terkena tiang. Minit ke-24, Fakri pula hampir menewaskan kubu terakhir Hong Kong, tetapi tandukannya sedikit tersasar.

Seminit sebelum rehat, kapten negara akhirnya melunaskan tanggungjawab membuka jaringan dengan memperdaya tiga pertahanan lawan sebelum merembat melepasi Hung Fai untuk menamatkan babak pertama dengan kedudukan 1-0.

Minit ke 53 dan 58, Rajagobal memasukkan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Farizal Marlias menggantikan Fakri di jentera serangan dan Khairul Fahmi Che Mat di kubu terakhir. Malaysia terus mengawal permainan tetapi gagal menambah jaringan.

Dua lagi pertukaran dilakukan Rajagobal pada minit ke-64, memasukkan Amirulhadi dan Mohd Sabre Mat Abu, dan mengeluarkan Mohd Ashaari Samsuddin serta Mahali Jasuli. Malaysia hampir menambah jaringan menerusi tendangan percuma yang ditolak Safiq kepada Aidil, tetapi rembatan pemain pertahanan itu sedikit tersasar.
Peluang negara menggandakan jaringan sekali lagi dinafikan apabila rembatan Kunanlan dalam kotak penalti terkena palang gol pada minit ke-80. Selang tiga minit, sepakan percuma Safiq dari luar kotak penalti terkena benteng Hong Kong. Amirulhadi melengkapkan kemenangan 2-0 negara selepas melepasi perangkap ofsaid Hong Kong dan mudah menewaskan Hung Fai.

PEMAIN Malaysia Mohd Asraruddin Putra Omar (kiri) dicabar pemain Hong Kong Lo Kwan Yee pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Share:

2 comments:

Syed Riduwan Al-Edrus said...

oleh Syed Riduwan

Firdaus Khalid said...

terima kasih atas 'tulisan' anda....agagagagaga..

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat, ulasan, komen, pandangan dan segala bentuk penulisan adalah dari saya sendiri dan tidak berniat untuk merosakkan reputasi, imej dan nama baik sesetengah pihak.

Pandangan dan ulasan adalah jujur demi meningkatkan mutu dan kualiti sesetengah pihak bagi pandangan peribadi saya.

Dan pendapat penulis tidak semestinya kekal.

~Firdaus Khalid~

Contact Us

Name

Email *

Message *